Apa yang kita nak tak semestinya akan dapat sebab apa? Rezeki Allah yang tentukan. Aku berasa syukur kerana tidak sangat dihumban perasaan kecewa. Alhamdulillah Allah sentiasa ada di sisi aku. Even aku menaruh harapan yang agak tinggi untuk ke sana tapi hajat tak kesampaian. Aku yakin mesti ada hikmah di sebalik apa yang berlaku :')
Aku akan terus redha & tabah dengan semua ini. Insha Allah. Namun aku telah buat rayuan untuk ke sana. Aku dapat lihat ayah dan ibu aku bersungguh-sungguh menulis surat rayuan agar aku dapat di tempatkan di sana. Tempat impian aku. MRSM. Namun walau apa jua keputusannya Insha Allah aku akan redha, aku akan cuba untuk tidak memberikan harapan yang tinggi. Kita hanya manusia biasa yang mampu berusaha dan bertawakal kepadaNya.
"Mungkin bagi kita di sana ada kebaikan untuk kita, bagi Allah mungkin tidak untuk kita.""
-KM-