Google+ Followers

Wednesday, 18 March 2015

Chocolate Cake Moist

Assalamualaikum, today I would like to share this recipe! Chocolate Cake Moist! I had made it twice. This recipe you all must try because this cake seriously fit for a king! I got this recipe from this blog  HERE . Thanks sis for sharing your recipe :)  but the topping I used my own recipe

Bahan untuk kek coklat

Bahan A.
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun)
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh bikarbonat
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

 Cara-cara
1.     Masukkan Bahan A dalam periuk kacau then gunakan api kecil sampai sebati. Sejukkan.
2.     Pukul telur sampai betul2 kembang (lebih kurang 4 minit +++) kemudian masukkan bahagian A.
3.     Masuk esen vanilla. Pukul sampai sebati.
4.     Masuk bahagian B sedikit demi sedikit. (seelok2nya tepung, bikarbonat dan baking powder diayak bersama terlebih dahulu). Kacau sebati selama 5 minit +++
5.     Masukkan adunan dalam loyang dan tutup permukaan kek dengan kertas foil. Papepun pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.
6.     Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu...) Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa. 
7.     Angkat...tunggu sejuk baru boleh potong. Kalau rajin boleh letak topping.

Topping  

200 gm coklat masakan (dipotong kecil)
1 1/2 sudu besar butter
1/2 cawan susu cair

Cara-cara

1.    Gunakan kaedah double boiler. Masukkan coklat masakan ke dalam bekas dan cairkan. 
2.     Setelah kesemua coklat cair masukkan susu cair. 
3.     Kacau sampai sebati (seminit dua)
4.     Tutup api. Masukan butter. Kacau-kacau.
5.     Curahkan ke atas kek.

*Untuk lebih menarik taburkan chocolate rice



No comments:

Post a Comment